KR1M : Antara Bantuan & Mainan Politik
Posted on 21. Jan, 2012 by Tuan Tanah in Berita / Isu, Blogging, Contest
Sebelum ini pelbagai lapisan masyarakat sibuk memperkatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dan Kedai Rakyat 1 Malaysia ( KR1M ). Ada yang berbunyi batuan seperti BR1M ini adalah satu rahmat. Malah ada yang berbunyi ini hanya mainan politik kerajaan Pemerintah.
Bagi diri saya, walaupun apa pun yang keluar dari mulut masyarakat, selagi sesuatu bantuan itu baik untuk masyarakat serta rakyat ia perlu disokong. Tidak kira datang daripada pihak mana pun sekalipun. Bahkan saya pernah terbaca jika ia datang daripada pihak Israel tetapi ia memberi manfaat kepada kita ia masih lagi digunakkan. Itu sebabnya ISLAM itu mudah.
Apakah matlamat penubuhan KR1M
Matlamatnya ialah bagi membendung kenaikan harga barang yang selama ini dikawal oleh pengeluar dan pembekal daripada luar. Dan ia juga membantu rakyat yang berpendapatan rendah. ( sumber : KR1M )
Apakah kesan utama kepada pelaksanaan KR1M.
Kebaikan : Ini secara tidak lansung membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk bebelanja untuk kegunaan runcit dengan terkawal. Malah dari bungkusannya pula ia dapat membantu mereka yang ingin membeli dalam kauntitiyang kecil. Dalam pada yang sama juga, ia dapat membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengembangkan jualan produk mereka.
Keburukan : Antara keburukannya ialah memberi mandat sepenuhnya kepada MYDIN dari bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Ini secara pandangan POLITIKnya menampakan seolah-oleh pemberian tender kepada Kronik.
Testimoni pengguna/pembeli KR1M
Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub
Bahan Bacaan Tambahan:








paihujey
23. Jan, 2012
bak pepatah..amik yang jernih buang yang keruh..pilih yg baik buang yg tak elok..hehe..nak hidup kena pandai, jangan orang pijak kita..
paihujey recently posted..Apa Pendapat Anda ?
Tuan Tanah
23. Jan, 2012
Hehe….pandai bro berbahasa hehe…betul tu jgn smpi kena pijak sudah laa..
akubiomed
22. Jan, 2012
Kalau KR1M dapat menjual harga mampu beli kenapa peruncit lain tidak berbuat demikian? Persoalan perlu dijawab oleh peruncit itu sendiri.
akubiomed recently posted..Pulau Pinang mengamit kenangan lama
Tuan Tanah
22. Jan, 2012
Masalahnya, KR1M ni adalah subsidi kerajaan…manakala peruncit tak dpt subsidi tu hehehe…
A'iyn Raidah
22. Jan, 2012
Gud luck ok.love ur entry..setuju.kedai 1 Malaysia mmg terbaik..kadang2 orang ramai suka mempertikaikan sbb harga murah so brg xberkualiti..tp sebaliknya kan..
Tuan Tanah
22. Jan, 2012
Thanks A’iyn. Itula mmg susah nak puas hati semua org bukan senang. Lagi2 bab berkaitan RM hehe…..:)
Juan
22. Jan, 2012
bagi aku, aku setuju jer, lagi pun mydin memang terbukti mampu membekalkan barangan dengan harga yg murah dan malah aku sokong mydin
Juan recently posted..Tutorial or How To Install Papago X5 Android Malaysia
Tuan Tanah
22. Jan, 2012
MYDIN mmg terbukti dgn harga murah. Cuma itu lah kalau ia diperluaskan lagi kpd peruncit Melayu atau sebagainya lagi cantek….(“,) takde la nampak seolah-oleh kpd kronikan….
shraqs
22. Jan, 2012
Kalau ikut pandangan orang yang ada kepentingan memang susah kita dibuatnya. Yang mana utk kebaikan rakyat kita terima je,… yang kaki2 politik tu takpelah diorang dah banyak duit sedap la cakap…
shraqs recently posted..Awas! Google Panda Akan Menghukum Blog Yang Banyak Iklan
Tuan Tanah
22. Jan, 2012
Itu la pasal…bagi aku selagi ia baik utk sesiapa apa salahnya kan…
Yang org atasan jgn cakap la..tol naik pun diaorg setuju hehehe…..
titan
22. Jan, 2012
tu tesmoni ko sendiri kerr??
titan recently posted..Lelaki kacak suka Conteng-conteng buku.
Tuan Tanah
22. Jan, 2012
Hehhee bukan bro..copy jer. Kat shah alam takde bukak lg kedai 1M nie….(“,)
azman
22. Jan, 2012
Tq sebab war2 pasal contest ini…menarik hadiahnya…
azman recently posted..Ang Pow lai le..
Tuan Tanah
22. Jan, 2012
Hehehe…saja bro. Tgh kering idea nak update blog. Jadinya join la contest haha…sempat lagi bro.
hatiputera
21. Jan, 2012
Pendapat saya la kalau ada orang bagi saya ambik jer,,,,
hatiputera recently posted..Voucher percuma penginapan 2D1N di Holiday Inn Resort Penang
Tuan Tanah
21. Jan, 2012
Tu la saya pun sama hehehe….